Cherreads

Chapter 3 - Chapter 1

"Laura!”

Suara ibunya bergema dari bawah tangga. “Laura, honey, it’s already seven-thirty! You’ll be late for school!”

Di atas katil, Laura menutup telinganya dengan bantal. Dia enggan bangun. Selimut menutupi separuh wajahnya, seolah-olah dapat menahan dunia dari masuk ke dalam mimpi buruk yang masih berbekas dalam fikirannya.

“Laura?” Suara lembut Patricia kedengaran lagi. Pintu bilik terbuka perlahan. “Sayang, kenapa kamu ni? Bangunlah, nanti kamu terlewat.”

Dengan helaan berat, Laura bangkit dari katil. Rambutnya yang panjang dan berwarna keperakan terurai kusut. Dia memandang ibunya dengan mata sayu.

“Mama… boleh tak saya tak pergi sekolah hari ni? Saya tak cukup tidur.”

Patricia duduk di tepi katil, wajahnya risau. “Tak cukup tidur? Kamu sakit, Laura?”

Laura hanya menggeleng.

“Kalau kamu sakit, Mama boleh bawa kamu ke klinik.”

“Tak perlu, Mama.” Suaranya perlahan, hampir berbisik.

Sejujurnya, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Laura sering terjaga di tengah malam — peluh dingin membasahi tengkuk, jantungnya berdegup seperti hendak pecah. Bayangan wanita yang tak dikenalinya muncul dalam setiap mimpi: kadang-kadang berada di dalam hutan, wajahnya separuh tertutup oleh rambut putih keperakan dan suara bisikan halus berulang dalam bahasa yang Laura tak faham. Namun, apa gunanya memberitahu ibunya? Tiada ubat untuk mimpi buruk.

Patricia menghela nafas dan tersenyum kecil. “Tahun ni tahun terakhir kamu, Laura. Beberapa bulan je lagi kamu akan tamat sekolah. Tapi kalau kamu ada apa-apa masalah, cuba beritahu Mama, okay?”

Laura hanya membalas dengan helaan lemah. Kemudian dia bangun dan berjalan masuk ke bilik air.

“Nak Mama hantarkan ke sekolah?” tanya Patricia.

“Tak perlu Mama. Saya naik motor je.”

“Baiklah. Mama turun dulu, sarapan dulu sebelum pergi, ya?”

Laura sekadar mengangguk. Di bilik air, dia menatap wajahnya di cermin. Kulitnya gelap dengan sedikit rona merah di pipi. Hidungnya mancung seperti ibunya, tapi matanya — kelam, coklat gelap seperti mata ayahnya. Dan rambut itu… rambut keperakan yang selalu membuatnya kelihatan aneh.

Setiap kali dia menatapnya, ada perasaan tidak tenang. Seolah-olah rambut itu menyimpan sesuatu yang bukan miliknya.

Di bawah, Patricia sedang berbual di telefon dengan suaminya, seorang pegawai tentera udara yang kini bertugas di luar negeri.

“Entahlah abang,” ujar Patricia perlahan, bersandar pada meja dapur. “Saya rasa dia sembunyikan sesuatu. Saya dah tanya, tapi dia asyik mengelak.”

“Laura memang sensitif sejak kecil,” suara di hujung talian menjawab. “Beri dia masa.”

“Ya, tapi saya risau,” balas Patricia sambil mengelus dahinya.

Dan pada masa yang sama, Laura sudah pun berada di ruang tamu, memakai hoodie hitam dan membawa beg.

“Mama, saya pergi dulu.”

"Tunggu sekejap ya abang," pantas saja Patricia meletakkan telefon itu lalu bergegas ke arah anak gadisnya.

“Kenapa tak sarapan dulu?”

“Nanti saya lambat,” balas Laura sambil menyarung helmet.

Patricia menghampirinya, mengusap pipinya dengan lembut. “Hati-hati bawa motor tu, ya. Oh, ayah kamu menanyakan khabar kamu.”

Laura tersenyum nipis seakan tidak perduli. “Dua tahun saya tak jumpa ayah. Dia rindu kita ke… atau cuma sibuk dengan negara?”

“Jangan cakap macam tu, sayang,” balas Patricia perlahan. “Ayah kamu sayang kamu. Dia cuma… .”

“Ya.. Saya tahu, Mama. Saya pun rindu dia.”

Laura mencium pipi ibunya sebelum naik di atas motor scooter. enjin motor scooter itu di hidupkan. tangannya memulas Padel membuatkan Motor scooter'nya meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah.

Abraham Lincoln High School

Little Britain — kawasan elit di pinggir Georgia, 45 kilometer dari pusat bandar. Deretan rumah gaya kolonial berdiri megah di sepanjang jalan. Laura menunggang melalui jalan utama, angin pagi meniup lembut rambutnya yang terkeluar dari bawah helmet.

Beberapa buah kereta mewah mendahuluinya. Dalam salah satu daripadanya, ada sebuah kereta sport mewah. Cassidy, gadis berambut perang dengan wajah sombong, Dia memandang Laura sambil menghulurkan tangan menunjukkan isyarat jari tengah

“Harap-harap dia jatuh,” katanya sinis, sebelum ketawa

Abangnya yang sedang memandu, menjeling. “Sampai bila awak nak terus berperangai macam nie? bukan ke dulu Laura tu kawan baik awak?”

"Please!!,"

Abangnya mengeleng kesal."Cubalah awak berfikiran matang sikit Cass. Semua tu'kan dah belalu.

Cassidy berpaling, tersenyum menyindir. “Dah lama pun tak bermakna saya akan lupa. Luka lama pun boleh berdarah semula, abang.”

Di halaman sekolah, pelajar-pelajar sibuk bersembang dan ketawa. Sekolah itu membenarkan pakaian kasual — denim, jaket, dan sneakers beraneka warna.

Sebaik sahaja Laura memarkir scooternya. dia menanggalkan helmet dan helmet itu di simpan di bawah tempat duduk scooter'nya dan setelah itu dia menyarung hodi bagi menutup kepalanya

Saat berjalan Dia menyumbat fon pada kedua telinganya, Dentuman lagu Hysteria oleh Def Leppard mula bergema.

Oh, I get hysterical… hysteria…

Dia berjalan melalui koridor, kepalanya sedikit bergoyang mengikut irama. Beberapa pelajar menatap, ada yang berbisik, ada yang menahan tawa.

Laura sudah biasa. Sejak tahun pertama, dia menjadi bahan ejekan — “ghost girl”, “witch”, “Dark freak”. macam-macam lagi

Langkahnya terhenti sebaik berdiri di depan loker'nya. Namanya tertera di situ. Tapi pada waktu itu. Dia sedar jika pelajar-pelajar yang berkumpul seakan menunggu dia membuka loker'nya. pasti ada sesuatu di dalam. Surat hinaan, cat kering, atau bangkai tikus seperti dulu.

Laura menarik nafas panjang, kemudian tersenyum tipis. “Ops. Maaf semua, tak ada drama hari ni,” katanya perlahan, sengaja cukup kuat untuk didengar.

Dia berpaling meninggalkan loker'nya itu. Beberapa pelajar yang sudah lama berkumpul kelihatan kecewa — termasuk Rachel dan Cassidy, yang kini menatap dengan wajah merah padam.

Cassidy mengetap bibir dan menghentak pintu lokernya sendiri dengan kuat.

Laura tersenyum puas. Lagu di telinganya sampai ke bait terakhir.

When you get that feeling… better start believing…

Dia melangkah masuk ke kelas, kepala tegak, mata memandang ke depan. Suasana kelas riuh seperti biasa — ketawa, gosip, dan cerita tentang trend TikTok terkini. Ada yang menjerit kecil kegirangan macam baru mendapat kekasih baru.

Laura melangkah perlahan menuju ke mejanya tanpa menoleh ke arah sesiapa. Tudung hodinya masih menutup kepala, langkahnya tenang, seperti tidak peduli pada dunia sekeliling. Beg sekolah diletakkan di bawah meja sebelum dia duduk dan menyandarkan dagu pada tapak tangan. Pandangannya melayang ke luar jendela — fikirannya kusut lagi.

Mimpi-mimpi itu kembali. Sejak beberapa minggu lalu, bayangan itu tidak pernah berhenti — Hutan yang gelap, bisikan asing, bayang seorang wanita berdiri di hujung kegelapan. Setiap kali dia terjaga, tubuhnya dibasahi peluh sejuk.

“Hey.”

Laura tersentak apabila ada yang menarik hujung hodinya. Dia menoleh pantas.

“Serius, Omar?” keluhnya, wajahnya masam melihat sepupunya — Omar Felix, remaja tinggi berkulit gelap, berjaket pasukan football sekolah.

“Sorry,” Omar mengangkat kedua tangannya. “Kau dah jauh sangat mengelamun. Tiga kali aku panggil tak menyahut.”

Laura mengangkat sepasang fon telinga. “Aku tengah dengar muzik.”

Omar ketawa kecil. “Manala aku nampak tapi Muka kau pun macam tengah berada di planet lain.”

Laura malas melayan. Pandangannya beralih pada seorang gadis yang baru masuk dari pintu belakang — rambut panjangnya menutupi sebahagian wajah.

“Hai, selamat pagi, Sandra,” tegur Laura dengan senyuman lembut.

Sandra hanya mengangguk kecil sebelum duduk di hadapan Laura. Seperti biasa — pendiam, pemalu, dan terlalu berhati-hati dengan diri sendiri.

Laura sedikit mencondongkan badan, menyentuh bahu sahabatnya itu. “Sandra, awak okay?”

Sandra menoleh sedikit. “Aku okay je, Laura. Betul.”

Laura menghela nafas pendek. Begitulah Sandra — setiap kali ditanya, jawapannya tetap sama: aku okay.

Belum sempat dia bersandar semula, sekotak air melayang dan terkena kepala Sandra.

“Ops! Maaf Sandra, aku ingat tong sampah kat situ!”

Tawa meledak dari hujung kelas. Rachel, Cassidy, Sarah, dan Jenni — kumpulan paling menyakitkan hati di kelas itu

Laura mengetap bibir. Belum pun sempat dia bangun, Omar terlebih dahulu berdiri. Dia tunduk, mengambil kotak air yang jatuh di lantai, lalu memandang tepat ke arah Rachel.

“Serius, Rachel? Sampai bila kau nak jadi dewasa? Aku rasa otak kau masih tinggal kat taman kanak-kanak.” perli omar Felix

Kelas bergema dengan ketawa. Rachel memerah menahan marah.

“Jaga mulut kau, Omar. nanti kau juga menyesal,” kata Cassidy, berdiri sambil bercekak pinggang.

“Menyesal?” Omar menyeringai. “Apa, kau nak mengadu pada abang kau? Silakan.”

Dia melempar kotak air itu terus ke dalam tong sampah — masuk tepat tanpa melihat. Suasana terus senyap. Rachel menggigit bibir, Cassidy menarik tangannya. Mereka berdua keluar sambil menjeling tajam.

Laura hanya mampu tersenyum nipis. Lega. Sekurang-kurangnya kali ini, dia tidak perlu mempertahankan diri.

Ketika kelas Bahasa Inggeris berlangsung, perhatian Laura sudah jauh melayang. Apa yang diajar oleh Madam Allen di hadapan langsung tidak masuk ke telinganya. Buku di atas meja penuh dengan contengan — lakaran mata, sayap, dan wajah wanita misteri yang sering muncul dalam mimpinya.

Laura mengeluh kecil, matanya merenung kosong ke luar jendela. Dia langsung tidak sedar bahawa tingkahnya sedang diperhatikan.

“Laura?”

Suara Madam Allen bergema dari hadapan kelas.

“Laura?” panggilnya lagi, kali ini lebih kuat.

Omar, yang duduk di belakang, menjeling ke arah sepupunya itu. Melihat Laura tidak menyahut, dia mencapai hujung hodi di belakang gadis itu lalu menariknya perlahan.

“Hey,” bisiknya.

Laura tersentak dan terus menoleh, wajahnya jelas tidak puas hati. Sebelum sempat dia bersuara, Omar sudah menunjuk ke arah guru di hadapan kelas.

“Laura!”

“Ya, Ma’am!” Laura berdiri tergesa-gesa. Wajahnya terpinga-pinga memandang Madam Allen, sementara seluruh kelas menoleh ke arahnya.

“Saya tak pasti sama ada pelajaran saya ni terlalu membosankan, atau awak yang sedang berangan,” ujar Madam Allen dengan nada separuh marah.

“Oh tidak, Ma’am! Maafkan saya…”

Di barisan kiri, Rachel dan Cassidy saling berpandangan sebelum menutup mulut menahan ketawa. Senyuman sinis jelas terpancar di wajah mereka — puas hati melihat Laura dimarahi.

Madam Allen hanya menggeleng perlahan. “Laura, saya tahu awak antara pelajar terbaik dalam kelas ni. Tapi bila saya mengajar, tolonglah beri tumpuan.”

“Baik, Ma’am.”

Laura mengangguk bersalah. Sekilas, dia menjeling Omar yang sudah tersengih sambil menahan ketawa.

“Duduk,” arah Madam Allen sebelum menyambung pengajaran.

Sebaik kelas itu berakhir, Laura menghembus nafas panjang sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.

“Rindu pada Steve ke?” Omar berbisik nakal dari sisi.

“Omar…” Laura menoleh dengan dahi berkerut. Sandra yang duduk di hadapan pura-pura membaca, tapi telinganya jelas fokus pada perbualan itu.

“Tak salah pun kalau rindukan buah hati yang jauh,” Omar tersengih, sengaja mahu mengusik.

“Tolonglah, Omar. Aku tak ada mood nak layan lawak bodoh kau hari ni.”

“Lawak? Eh, aku seriuslah.”

Laura menjeling tajam. “Apa sajalah.”

Omar ketawa kecil sebelum menunduk sedikit. “Oh ya, aku lupa nak bagitahu. Pagi tadi mak kau call aku.”

Laura terus menoleh. “Dia nak apa?”

“Risaukan kau, apa lagi. Dia cakap dua tiga minggu ni kau asyik bangun lewat, nampak tak bersemangat nak pergi sekolah. Dia suruh aku tengok-tengokkan kau, manalah tahu kau kena buli.”

“Kena buli?” Laura ketawa kecil, senyum nipis muncul di bibir. Matanya sempat melirik ke arah Rachel di seberang kelas.

“Kadang-kadang aku hairan,” sambung Omar. “Kenapa kau biarkan je si Rachel tu buat sesuka hati? Mana perginya skill tinju yang Josh ajar dulu?”

Laura tersenyum nipis. “Aku datang sekolah nak belajar, Omar. Bukan nak tinju orang.”

“Oh, aku faham sekarang…” Omar mengangkat kening. “Kau sebenarnya sayangkan ‘adik ipar’ kau tu, kan?”

“Omar!” Laura mengetap bibir, tapi Omar hanya ketawa kecil.

Laura menghela nafas panjang, matanya kembali pada jendela. Dalam hati kecilnya, dia memang sudah lama mahu ajar Rachel dan Cassidy. Tapi dia tahu — sebagai pelajar terbaik sekolah dan anak kepada bekas pemain football sekolah yang dihormati, dia perlu menjaga nama keluarganya.

Dia bukan pengecut.

Dia hanya tahu bila masa untuk diam… dan bila masa untuk melawan.

“Omar mana? Tak rehat sekali dengan awak?”

Sandra menegur sambil berjalan di sisi Laura selepas membeli sandwich dan air kotak di kantin.

“Sudah tentu dia rehat dengan geng dia. Kenapa tanya? Sejak bila dia pernah makan dengan aku?”

Laura menjawab selamba, membuka straw minumannya.

Sandra hanya diam. Laura sempat menjeling. Dari dulu lagi dia tahu Sandra ada hati pada Omar — tapi sampai sekarang, sahabatnya itu hanya pendam dalam diam.

Mereka keluar ke kawasan luar kantin. Semua meja hampir penuh dengan pelajar yang sedang makan dan ketawa berdekah. Laura dan Sandra akhirnya menemui satu meja kosong di hujung.

Baru sahaja duduk, Sandra tiba-tiba menekan perutnya.

“Kenapa ni?” tanya Laura cemas.

Sandra mengerut dahi. “Aku ingat boleh tahan lagi… tapi tak boleh dah. Time nilah sibuk nak keluar,” rungutnya perlahan.

Laura tergelak kecil. “Lubang mana satu?”

“Hish! Aku pergi tandas sekejap. Tunggu aku, ya?”

“Ya. Tapi jangan lama.”

Sandra cepat-cepat melangkah ke arah tandas yang terletak di sebelah bangunan kantin.

Laura memandang belakangnya sejenak, kemudian menyuap sandwich sambil menyedut air kotak strawberi. Matanya terarah ke padang bola — tenang seketika.

“Seorang je ke?”

Laura mendongak sedikit. Dia kenal suara itu — Justin, abang kepada Cassidy. Salah seorang pelajar paling popular di sekolah.

“Berdua. Sandra pergi tandas,” jawab Laura tenang.

Justin mengangguk, tapi kelihatan serba tak kena. Dia sempat menjeling sahabatnya di depan kantin sebelum beredar tanpa sepatah kata.

Laura hanya mengangkat bahu, langsung tidak hairan. Justin memang begitu — ramah tapi tidak pernah berbual lebih dari sepuluh perkataan.

Dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah dua puluh minit. Sandra masih belum muncul.

Hatinya mula berdebar. Sesuatu terasa tak kena.

Dia bangun, menghabiskan sisa air kotak dan mengambil makanan Sandra. Langkahnya perlahan tapi mantap menuju ke tandas. Dari jauh dia melihat beberapa pelajar perempuan berkumpul di depan pintu, ada yang berani mengintai di celah pintu sambil ketawa kecil.

Laura mendengus.

Waktu otak aku tengah serabut, waktu ni jugak kau orang nak cari pasal.

Dia meletakkan makanan Sandra di lantai, lalu menolak kepala pelajar perempuan yang sedang mengintai.

“Move.”

Pintu tandas dibuka. Laura melangkah masuk perlahan-lahan.

Langkahnya terhenti.

Di hadapannya — Sandra terduduk di lantai, menangis teresak. Rambutnya ditarik kasar oleh Rachel, sementara Cassidy menampar pipinya. Di belakang, Sarah dan Jenni berdiri ketawa melihat semua itu.

Laura mengepal tangan. “Dah puas ke?”

Sarah dan Jenni serentak berpaling.

“Hey, Rachel. Tengok siapa datang—mangsa kedua!” ejek Sarah.

“Mungkin dia datang nak ganti tempat Sandra,” balas Jenni sambil menjelir lidah.

“BUK!”

“BUK!”

Belum sempat mereka sedar, Laura sudah melepaskan dua tumbukan — satu ke pipi Sarah, satu lagi ke rahang Jenni. Kedua-duanya rebah ke lantai.

“Sekali tumbuk je dah tumbang. Aku ingat kuat sangat,” ujar Laura dingin sambil meniup buku limanya.

“Hey, Laura! Kau dah gila ke?!” jerit Cassidy.

“Apa dia? Gila?” Laura melangkah perlahan ke arahnya.

“Oo… nak pukul aku? Pukullah!”

“BUK!”

Cassidy terundur ke belakang, menjerit kesakitan sambil menutup hidungnya yang berdarah.

“ARGHHH!”

Rachel terkejut. Dia cuba melarikan diri, tapi Laura lebih pantas — menarik rambut panjang gadis itu dari belakang.

“Awak nak ke mana, Rachel?”

“Sakit! Lepaskan rambut aku, Laura!”

Laura melepaskan genggaman, lalu menampar pipinya kuat.

“PAK!”

Rachel terdiam, memandang Laura dengan mata membulat.

“Kau jangan salahkan aku, Rachel. Aku dah lama bersabar. Selama ni aku biarkan kau dan Cassidy buli aku, buli Sandra. Tapi hari ni aku betul-betul stress… aku cuma nak lepaskan stress aku je.”

Rachel menggigit bibir, air mata bercampur marah.

“ARGHHH!”

Dia menjerit dan cuba membalas — tapi satu lagi tamparan hinggap di pipinya.

“PAK!”

Rachel tergelak tiba-tiba, suara ketawanya nyaring dan menyeramkan.

“Hahaha… sama macam dulu, Laura. Tapi dulu lagi teruk. Aku dah agak — selama ni kau cuma berpura-pura.”

“Berpura-pura?” Laura mengerut dahi.

“Laura, sudah!” Sandra menarik tangan sahabatnya, memaksa dia menjauh. “Kita keluar dari sini.”

“Tunggu, Sandra.”

Tapi Rachel bersuara lagi, suaranya sinis.

“Aku hairan, Sandra. Kenapa kau tak pernah cerita pada Laura kenapa aku dan Cassidy buat semua ni?”

Laura terpaku. “Apa maksud kau, Rachel?”

Namun sebelum sempat Rachel menjawab, pintu tandas ditolak kuat dari luar.

Seorang lelaki berkulit gelap, berbadan besar masuk dengan wajah marah — Mr. Felix, guru disiplin dan juga jurulatih pasukan football sekolah.

Dia memerhati keadaan tandas: dinding basah, rambut bertaburan, dan tiga pelajar terduduk di lantai.

“Bangun kamu semua!”

Sarah, Jenni dan Cassidy cepat-cepat berdiri di belakang Rachel.

Mr. Felix menggeleng perlahan. “Lihatlah. Muka yang sama, dari dulu sampai sekarang. Setiap kali kes ada kes dalam tandas, mesti kamu. Tapi kali ni… dah melampau.”

Dia menunjuk ke arah pintu.

“Masuk ke bilik saya. Sekarang!”

Kelima-lima mereka terdiam, bahu terangkat takut. Dengan langkah kelam-kabut, mereka keluar dari tandas satu demi satu, meninggalkan suasana tegang dan sunyi — hanya gema air menitis dari paip bocor yang terdengar.

More Chapters