Cherreads

How to live in a normal way

Solofish
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
5.1k
Views
Synopsis
Legenda yang menjadi swordmaster sedangkan umurnya hanya baru sahaja memasuki 12 tahun. Swordmaster simp. Manusia pertama yang berjaya mengasak mundur kekaisaran utama. Swordmaster simp. Hanya di bawah kepimpinannya pasukan unggul etnik barbar berjaya dikalahkan yang terkenal bengis dan hebat menguhuru-harakan pakatan tentera kekaisaran utama dan kerajaan-kerajaan di sekitar perbatasan etnik barbar. Menakluk dragroness yang menjadi lambang kerajaan Draconia yang menyanjung naga-naga. Dialah Swordmaster simp. Namun, beliau menghilang. Yang simp bukan lagi simp. tapi sebagai 'a total sloth'
Table of contents
VIEW MORE

Chapter 1 - a simp

Legenda yang menjadi swordmaster sedangkan umurnya hanya baru sahaja memasuki 12 tahun.

Swordmaster simp.

manusia pertama yang berjaya mengasak mundur kekaisaran utama.

Swordmaster simp.

Hanya di bawah kepimpinannya sahaja pasukan unggul etnik barbar berjaya dikalahkan yang terkenal bengis dan hebat menguhuru-harakan pakatan tentera kekaisaran utama dan kerajaan-kerajaan di sekitar perbatasan etnik barbar.

Swordmaster simp.

Menaklukkan dragroness yang menjadi lambang kerajaan Draconia yang terkenal menyanjung naga-naga.

Dialah Swordmaster simp.

Namun, beliau menghilang.

Yang simp bukan lagi simp.

tapi sebagai 'a total sloth'.

Aku tahu ini dari sinopsis tetapi begitulah cara mereka mengenalku, mengidolaku. Bahkan ada yang membuat kultus menggunakan nama aku.

Tapi sekarang tidak lagi. Aku sedar aku perlukan perubahan. Takkan berada lagi di bawah seseorang.

Jadi aku buat plan. Sewaktu sambutan sowrdmasterku ke-8, aku menghilang dari pesta yang dibuat untukku. Aku tak suka keriuhan.

Aku lebih suka...

Menuju keamanan yang aku inginkan.

300 tahun berlalu...

Manusia mengalami perkembangan pesat dalam teknologi dan ketamadunan manusia. Kebanyakannya sudah berubah seiring dengan zaman namun peranan swordmaster masih lagi kekal sebagai pusat kekuatan negara.

Apa yang aku lakukan sekarang? sudah tentulah menghadapi hari yang sial ini.

Sewaktu perlarianku untuk 100 tahun pertama, aku dapat hidup dengan melakukan quest yang diberikan penduduk setempat. Semua kesengsaraan aku bermula apabila revolusi industri berlaku. Negara mula memperketatkan syarat undang-undang terutama kepemilikan kewarganegaraan.

Dari timur ke barat, aku berkelana jauh supaya kerajaan tak dapat kesan aku dan paksa aku kembali menjadi swordmaster.

Pernah aku menyerah untuk hidup namun rezeki damaiku tidak pernah salah alamat. 

Semasa aku merayau di pulau buatan manusia terbesar Atlantis, sebagai pengemis yang terkenal dengan kelicikan yang menipu ramai orang (the simp beggar) aku terserempak dengan seorang lelaki yang lagaknya bagaikan putera kayangan mendekatiku.

Aku pun apa lagi, keluarkan jurus pemungkas pengemis di mana peratusan berjaya amatlah tinggi (99.9%) dan sukar dilepasi.

Namun, Tugu Monas bukanlah dibina dalam satu hari. Dan kejayaan takkan datang di kemudian hari jika kamu berusaha hari ini. (melainkan kabel kau kuat).

Begitulah apa yang aku rasakan. Bukan sahaja dipermalukan oleh rakan seperjuangan pengemis aku bahkan mencalar imej aku sebagai seorang pengemis. Kalau putera kayangan hanya hiraukan aku, aku boleh tahan.

Tetapi, kalau sampai menunduk dengan sopan bahkan mengambil sesuatu dari dompetnya seolah-olah masa diperlambatkan 20 kali ganda. Pada saat itu mata aku sudah berbinar dah, mimpi tidur di hotel lima bintang pada malam ini.

Sekeping kad. Semua berkenaan tentang dia (biodata dan apa-apalah), dan pergi meninggalkanku membatu selama sehari (lebih tepatnya 5 jam). Hanya itu yang kudapatkan.

Kad merenungku. aku merenung balik. Aku menjeling. Kad pun menjeling.

Aku bangun dan turun dari tong sampah tempat aku duduk. Dan bertekad lalu melaung. "Aku akan balas dendam!" sebelum membuang kadnya ke dalam tong sampah. Tapi, hatiku terdetik untuk bacanya menggunakan auraku sebagai swordmaster.

Aku menggeser ibu jari aku ke permukaan kad menghasilkan corak yang hanya difahami oleh swordmaster. Apa yang tertulis...

Datang jumpa aku.

Aku dah agak dari awal semasa dia cuba menyembunyikan kekuatan dari awal.

Seperti biasa, seorang simp tetaplah seorang simp. Duit adalah senjata.

Dia bukanlah tuan putera biasa, melainkan tuan putera kelas pertama.

Aku ketawa mengetahui bahawa kebijakanku masih belum berkarat... tapi aku lupa di mana aku berada. Khalayak ramai. Majoriti memandangku sebagai orang aneh.

Aku tahu aku introvert. Tapi.

Sejak itu, ketebalan mukaku meningkat 20 cm.